30.12.10

HOME SWEET HOME TONITE!!! + Increment + Bonus!!!

wuhuuuu....

so seronok today, because tonite, we are going back hometown !!! miss my family so much!!!
yang penting, can go back with my sibs of course!!!
 
tambah sonok bila dapat surat increment + bonus!!! Alhamdulillah... aku target, next year performance lagi baik, so dapat la tinggi lagi dan lagi :)

so, these 2 weeks, order for flowers is closed, but not for stoberi kering,ya.

23.12.10

Ode Bunga dan stoberi makin rancak

Hujung minggu hadapan, cik epal merancang balik ke kampung halaman. Tapi hubby tak follow sama, since dia baru kerja department baru. It's ok, cik epal pun balik few days saja.

Dec'10. cuma 2 mggu awl je cik epal sunyi tnpa ode dan pertanyaan bunga. Hajat'n mahu rehat, kerana kerja kat opis pun banyak. Shipment totally huge hujung bulan ni. Tup2, dah mula bderet  customer ode. Ode bunga yang belum pernah cik epal jual pun ada. So, kalau readers perasan, ada penambahan bunga Hydrange pulak.

Okeh, nak sambung kja kat opis plak...

Tata... :)

18.11.10

Semalam d Cameron Highlands...

Badan still penat. Almost 2 hours  badan terhuyung-hayang ke kiri ke kanan, sampai kepala naik pening... Tak larat nak cakap dah...huhu... pagi tadi hantar bunga customer kat Kuantan. Malam karang customer kat Kelana Jaya pula. Esok malam customer kat Klang plak... Tak sempat nak snap all pics, tinggal sebahagian je...
Enjoy!!!




tea leaf xsilap nama'n.
ramai penggubah bunga segar menggunakan daun ini sebagai asas gubahan hantaran perkahwinan.



* dalam stor - mngelakkan daripada terkena cahaya matahari.

9.11.10

BUNGA LOW STOCK & HIGH PRICE

Dear my beloved customers,

Cik epal nak minta maaf sebab terpaksa batalkan some of orders due to lack of flower supply. cik epal juga tengah tak bape sihat. Terpaksa jumpa G. H specialist.

Dan untuk my new customers. Please be remindered! Minimum order adalah sebanyak 10 dozen ye. bukan 1-2 dozen. Dan yang paling penting, U all must understood that bunga 1 kaler/saiz bunga, ready pack dia by bundle. So 1 bundle = 2 dozens.

1.10.10

Ros Biru to My Sepang Customer

Assalamualaikum...

Cik Epal mengantuk sangat2la. kat luar hujan lebat, kilat sabung menyabung. Alangkah sronok'n kalau hari cuti...boleh layan tido...huhu.. Okeh, hari ni cik epal nak tunjukkan gambar bunga customer drp kaler putih jadi biru. Semalam baru ambik, delivery daripada cameron. Sampai rumah kol 11p.m, clearkan duri ngn daun2 ckit, settle kol 1a.m. Lama la, sebab kena siapkan 10-12 dozen. Dengan mengantuk'n, mr. asben dah buat "bing". Tito... Habis tangan tercucuk duri...

Ni contoh2 gambar 5 min pas masukkan dalam air pewarna biru. 






Kat bawah ni plak, pic apabila dah direndam selama lima jam. Buka je mata kol 6.30 tadi teringat kat bunga, excited nak tengok cam mana rupa. Bukan apa, kali p-1 wat, hampeh, kali k-2 wat, terlampau guna banyak air, k.o. Takut la juga kali ni pun x jadi jg. Sebab kali ni, cust plk request. Dalam kuantiti banyak plk tu...
Tapi berkat doa, tawakkal, Alhamdulillah jadi xsampai sehari pun...
Suka sangat2. Sapa nak belajar, boleh kontek cik epal ye. Nanti cik epal ajarkan.






Esok, delivery will be made to Sepang. Minggu depan huge delivery. Sulah mau pengsan woo...Kerja opis pun manyak juga...
Meh kita tengok after 7 hours being colored, jadi cam mana before kita deliver kat Mr. Sepang, KLIA :) 




Kaler dah mostly covers all petals. 
Memang satisfy lah kali ni. Bangga juga bila dengan jaya'n mampu mengatasi kelemahan sebelum ni.
Finally, Inilah hasil'n...

29.9.10

Sapa Nak Order Bunga

Assalamualaikum Semua...

Dah bersawang blog cik epal ni. bz sangat2 seminggu dua ni. daripada last week, 1 hari time order bunga daripada kol 9 pagi sampailah kol 3-4 pagi esok'n. Belum bangun tido pagi tadi, dah time mesej tnya bunga. Baru jap tadi pun order ada lagi. Last order, cust nak ros biru 10 dozen. Haduiii mak...jenuh sggh...Last weekend tak dapat tido sampai la pas subuh, siapkan order tuk jual kat konvo. Sempat la try wat ros kaler biru ngn hijau. Biru dek terlebih guna air, kurang jadi. yang kaler ijau, kejap je jadi...hehehe...(berbunga2 suka dalam hati). Nak try wat ros kaler apa plk lepas ni ek???


p/s: cik epal nak minta maaf banyak2 kat beberapa cust, sebab terpaksa reject u all nye order. Demand tuk bunga > supply. Terpaksa dengan berat hati reject. memang tiap2 tahun permintaan melambung tinggi start bulan 10 sampai la bulan 3 tahun depan'n. Again, please forgive me, ya.

p/s: sapa nak order bunga, xkira la ros ke, sunflower ke, gerbera ke, cepat2, sok malam ada delivery tuk customer. kalo nak 2-3 dozen, boleh selit2 sekali.


kat bawah ni contoh2 pic bunga ujg minggu ari tu. siapkan gubahan tuk jual kat konvo. dah bape kali wat, bila kepenatan, asyik lupa nak capture, post kat blog ngn fb. sabor je le... malam hajat nak upload pic2 tudung yg dah lamaaaaa sgt2 siap dijahit manik. mengapa aku semakin malas kebelakangan nih???


baby breath, large monstera, white grade AA-net roses.
nampak x beza ros putih grade AA dgn B? Grade AA-kaler putih susu.
grade B plak putih kekuningan. Merah tanpa net tu grade B jg.
i love flowers!!! soon, planning nak belajar wat gubahan.
rugi plak rasa'n supply je.


ni saje gubah tuk letak kat umah.
perasan x ros kaler hijau tu?
ha...tu cik epal wat sendiri tau.




3.8.10

Singgah ke Gerai No.10E Cik epal at UKM (Konvo)

Feel tired.
Tak sempat nak jenguk, apatah nak update blog.
Esok gerai cik epal dah start beroperasi selama seminggu kat UKM.
Sesiapa yang nak beli tudung dihiasi manik (kat blog blom papar), kain batik ela, shawl, yang paling penting bunga-bunga segar (sapa nak request, boleh kebetulan cik epal order banyak tuk jual kat UKM).

Sekian, terima kasih.
Cukup untuk hari ni. Ngeee....:)

14.7.10

Strawberry Kering a.k.a Jeruk

Ok. Lately ramai yang bertanya, "Macam mana nak tempah stoberi ni?". Tuan-tuan dan puan-puan yang sgt dihormati, saya sekadar mempromosi stoberi kering kawan. Jadi harga yang ditawarkan adalah harga beliau. Stoberi ini dijual minima 1 kg sahaja@RM32.00 (tidak termasuk pos ye, kerana bergantung kepada kawasan para pelanggan). Anda boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan Pos Laju @ Pos Malaysia. Pos Laju membolehkan anda mendapat kiriman dengan lebih cepat dengan kos lebih sedikit berbanding Pos Malaysia yang lebih murah, tetapi agak mengambil masa lebih kurang 4-5 hari waktu bekerja. So, terpulang pada anda, okeh!!!

Anda boleh menjadikan snek istimewa ini sebagai give away, door gift atau sebagai saguhati sempena majlis perkahwinan, kenduri kendara atau sebagai hadiah buat ibu tercinta, sahabat handai dan kepada gadis pujaan anda. Malahan anda boleh hadiahkan kepada bapa, teman istimewa atau suami, kerana saya menyedari yang suami juga sangat-sangat mengemari snek ringan tapi berkhasiat ini.
test banyak2 dulu. huhu...so yumi2... jeruk baru lagi ni...still moist

23.6.10

Sejambak Bunga - Customer Request


Ni close-up bunga my customer, Cik Mida. Hopefully dia suka. 

Tadi dia emel, minta cik epal sediakan 120stalks wrapped roses untuk wat door gift next month. Cik Epal amat2 menghargai my customer ni, sebab dia beri kepercyaan pada Cik Epal tuk sediakan door gift dia, memandangkan cik epal xpenah wat lagi service ni. Selalunya yang order pun, beli borong je.

1st time wat kat Cik Mida, Cik Epal xbape puas hati, sebab xwrapped sendiri. Dah try selama 4 jam, xjadi-jadi gak. Tak ku tahu, tak ku sangka, attach punya attach all together bunga2 tu, jambak dia besar sesangat, smapikan net wrapper xmo naik ke atas. duk btepek je kat bawah. adus la...
Kali ni Cik Epal kena try bunga sendiri dulu. Dah puas ati, btol2 cantik, baru star wrapp Cik Mida nye.

19.6.10

Bunga Untuk Dedikasi Kepada Yang Teristimewa/Hari-hari Bersejarah

Dah beberapa lama "bercinta" dengan bunga-bunga segar ni, colleagues Cik Epal pun mencadangkan Cik Epal menyediakan perkhidmatan wrapped roses/flowers. Mula-mula, quite hesitate, but then I thought, why dun I give a try? Itupun bila ada customer yang request since dia nak present kan pada kawan dia yang akan bersanding esok (20.06.10). 

Belum sempat lg Cik Epal nak state price and so on. But xpelah, she's d first. I'll avoid any T&C dulu. So malam ni bertungkus lumus belajar ikat reben. Alhamdulillah boleh google. Banyak web yang guide step to step. 

I'Allah, tomorrow night, Cik Epal akan post kan cara-cara nak order bunga for dedication ya...

18.6.10

Harga Bunga Segar Sentiasa Berubah Mengikut Permintaan dan Penawaran

Untuk Perhatian Para Pelanggan:-

Cik Epal perlu menyatakan bahawa, harga bunga segar akan berubah mengikut musim terutama musim cuti sekolah dan musim konvokesyen setiap universiti memandangkan pada musim-musim ini, permintaan terhadap bunga sangat tinggi menyebabkan kekurangan bekalan. Perubahan harga akan turun naik tetapi tidak berlaku dengan kerap.

Oleh sebab itu, Cik Epal sekali lagi ingin tekankan bahawa, para pelanggan yang ingin membuat tempahan, sila buat tempahan saudara/saudari 1 minggu lebih awal dari tarikh penggunaan bunga tersebut bagi mengelakkan tempahan anda terpaksa dibatalkan.

Sekian, terima kasih.

* pelanggan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur (kawasan tertentu sahaja), sukacita dimaklumkan bahawa, penghantaran akan dibuat sehingga ke rumah/pejabat anda.

* bagi pelanggan yang tinggal di Kelantan (my hometown), Cik Epal sedang menimbangkan untuk membuat penghantaran sampai ke rumah. Sila hubungi Cik Epal untuk keterangan lanjut.

10.6.10

Bunga My Valued Customer

Balik kerja petang tadi, ada eksiden plak dah, nasib baik pas selekoh masuk umah cik epal. Seems too bad, jam dah start teruk. Sib baik mencelah punya mencelah, selamat sampai ke rumah dlm masa 15 minit. Big bosses sume takde, sume staff pe lagi, balik 0n time la. 

Meanwhile my beloved hubby picked up bunga-bunga customer smpi dari Cameron Highlands. Keain plak dia, kebetulan balik dr kja, dia terus pegi je ngn moto. Menggigil kelaparan katanya. hehe... Sok pagi, dia gak la tukang ngantor'n. Hmm...sabar ye abang. Caiyok2!!!

Ni ada few pics. Memang tengah setting ni, bahagi2 sapa punya. Tu sebab'n tengah berselerak. Huh. sakit tgn kena duri, huhu... Cik epal lapar la plak...xsempat makan ngn hubby. huhuhu...


 
Free Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design