23.6.10

Sejambak Bunga - Customer Request


Ni close-up bunga my customer, Cik Mida. Hopefully dia suka. 

Tadi dia emel, minta cik epal sediakan 120stalks wrapped roses untuk wat door gift next month. Cik Epal amat2 menghargai my customer ni, sebab dia beri kepercyaan pada Cik Epal tuk sediakan door gift dia, memandangkan cik epal xpenah wat lagi service ni. Selalunya yang order pun, beli borong je.

1st time wat kat Cik Mida, Cik Epal xbape puas hati, sebab xwrapped sendiri. Dah try selama 4 jam, xjadi-jadi gak. Tak ku tahu, tak ku sangka, attach punya attach all together bunga2 tu, jambak dia besar sesangat, smapikan net wrapper xmo naik ke atas. duk btepek je kat bawah. adus la...
Kali ni Cik Epal kena try bunga sendiri dulu. Dah puas ati, btol2 cantik, baru star wrapp Cik Mida nye.

19.6.10

Bunga Untuk Dedikasi Kepada Yang Teristimewa/Hari-hari Bersejarah

Dah beberapa lama "bercinta" dengan bunga-bunga segar ni, colleagues Cik Epal pun mencadangkan Cik Epal menyediakan perkhidmatan wrapped roses/flowers. Mula-mula, quite hesitate, but then I thought, why dun I give a try? Itupun bila ada customer yang request since dia nak present kan pada kawan dia yang akan bersanding esok (20.06.10). 

Belum sempat lg Cik Epal nak state price and so on. But xpelah, she's d first. I'll avoid any T&C dulu. So malam ni bertungkus lumus belajar ikat reben. Alhamdulillah boleh google. Banyak web yang guide step to step. 

I'Allah, tomorrow night, Cik Epal akan post kan cara-cara nak order bunga for dedication ya...

18.6.10

Harga Bunga Segar Sentiasa Berubah Mengikut Permintaan dan Penawaran

Untuk Perhatian Para Pelanggan:-

Cik Epal perlu menyatakan bahawa, harga bunga segar akan berubah mengikut musim terutama musim cuti sekolah dan musim konvokesyen setiap universiti memandangkan pada musim-musim ini, permintaan terhadap bunga sangat tinggi menyebabkan kekurangan bekalan. Perubahan harga akan turun naik tetapi tidak berlaku dengan kerap.

Oleh sebab itu, Cik Epal sekali lagi ingin tekankan bahawa, para pelanggan yang ingin membuat tempahan, sila buat tempahan saudara/saudari 1 minggu lebih awal dari tarikh penggunaan bunga tersebut bagi mengelakkan tempahan anda terpaksa dibatalkan.

Sekian, terima kasih.

* pelanggan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur (kawasan tertentu sahaja), sukacita dimaklumkan bahawa, penghantaran akan dibuat sehingga ke rumah/pejabat anda.

* bagi pelanggan yang tinggal di Kelantan (my hometown), Cik Epal sedang menimbangkan untuk membuat penghantaran sampai ke rumah. Sila hubungi Cik Epal untuk keterangan lanjut.

10.6.10

Bunga My Valued Customer

Balik kerja petang tadi, ada eksiden plak dah, nasib baik pas selekoh masuk umah cik epal. Seems too bad, jam dah start teruk. Sib baik mencelah punya mencelah, selamat sampai ke rumah dlm masa 15 minit. Big bosses sume takde, sume staff pe lagi, balik 0n time la. 

Meanwhile my beloved hubby picked up bunga-bunga customer smpi dari Cameron Highlands. Keain plak dia, kebetulan balik dr kja, dia terus pegi je ngn moto. Menggigil kelaparan katanya. hehe... Sok pagi, dia gak la tukang ngantor'n. Hmm...sabar ye abang. Caiyok2!!!

Ni ada few pics. Memang tengah setting ni, bahagi2 sapa punya. Tu sebab'n tengah berselerak. Huh. sakit tgn kena duri, huhu... Cik epal lapar la plak...xsempat makan ngn hubby. huhuhu...


 
Free Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design