18.6.10

Harga Bunga Segar Sentiasa Berubah Mengikut Permintaan dan Penawaran

Untuk Perhatian Para Pelanggan:-

Cik Epal perlu menyatakan bahawa, harga bunga segar akan berubah mengikut musim terutama musim cuti sekolah dan musim konvokesyen setiap universiti memandangkan pada musim-musim ini, permintaan terhadap bunga sangat tinggi menyebabkan kekurangan bekalan. Perubahan harga akan turun naik tetapi tidak berlaku dengan kerap.

Oleh sebab itu, Cik Epal sekali lagi ingin tekankan bahawa, para pelanggan yang ingin membuat tempahan, sila buat tempahan saudara/saudari 1 minggu lebih awal dari tarikh penggunaan bunga tersebut bagi mengelakkan tempahan anda terpaksa dibatalkan.

Sekian, terima kasih.

* pelanggan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur (kawasan tertentu sahaja), sukacita dimaklumkan bahawa, penghantaran akan dibuat sehingga ke rumah/pejabat anda.

* bagi pelanggan yang tinggal di Kelantan (my hometown), Cik Epal sedang menimbangkan untuk membuat penghantaran sampai ke rumah. Sila hubungi Cik Epal untuk keterangan lanjut.

0 comments:

 
Free Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design